“Aku cuba goda suami tapi dia lari, 6 tahun kahwin tanpa nafkah batin, last aku dapat ciuman dari suami 4 tahun lepas”- Bahagian Satu
“Aku cuba goda suami tapi dia lari, 6 tahun kahwin tanpa nafkah batin, last aku dapat ciuman dari suami 4 tahun lepas”-Bahagian Satu
Assalam semua pembaca. Aku sekadar sharing rasa apa yang tersimpan dalam hati aku. Kalau ada yang ikhlas nak beri pandangan yang positif dialu-alukan. Nama aku Fiya. Umur dah masuk 30 an dah berkahwin dan punyai seorang anak umur 6 tahun. Masalah yang aku hadapi ini bagi aku besar sangat. masalah ni tak pasti mistik ke atau masalah lain, tapi teruskan baca luahan aku dulu di bawah.
Niat aku bukan nak buka aib kan siapa2 tapi jujur aku cakap aku sendiri tersepit dalam permasalahan ini, dan aku tak henti2 berdoa selama 6 tahun ni moga Allah berikan petunjuk dan hidayah pada aku,tapi makin lama aku rasa makin sedih dengan segala yang terjadi.
Selama 6 tahun aku berkahwin, boleh kira 2 sehingga 3 kali sahaja aku dapat nafkah batin. ya, itu secara jujurnya. mesti ramai tertanya kenapa jadi macam tu, tak berubat ke, masalah apa yang kau hadapi ni fiya sampai macam tu sekali.
Allahu aku ni taip dalam keadaan dah tak boleh bendung perasaan aku sekarang ni tapi In shaa Allah aku akan habiskan confession kisah benar aku ni. Kami berkahwin atas dasar cinta suka sama suka, suami aku penjawat awam dan sekarang aku bekerja.
Cukup la tu intro aku, biar aku teruskan isu aku yang lain.Pada awal perkahwinan, hubungan kami sama sahaja macam pasangan suami isteri lain, tapi 5 bulan sebelum kelahiran anak aku macam2 perkara berlaku dan sehingga la umur anak aku 6 tahun sekarang.
Pada kandungan usia 5 bulan, aku kerap bermimpi perkara bukan2 seperti perempuan berambut panjang, kerap pening kepala lepas asar dan perasaan takut tu sentiasa ada.
kemudian, kami berubat di utara. Hasilnya, didapati kononnya ada gangguan.
Maka rawatan diteruskan. Bayangkan keadaan aku mengandung ketika itu, oh terlupa aku bagitahu.
Permasalahan ni hanya suami, mak ayah aku dan mak ayah mentua aku sahaja yang tahu selain ustaz2 yang aku akan nyatakan di bawah nanti bersama pakar kaunselor.
Aku akan habiskan kisah aku dalam ni supaya hilang separuh rasa sedih aku ni.Mulanya mak abah hanya tahu aku dan suami ada gangguan, selepas 4 tahun baru kami jujur pada mak abah aku yang kami tak pernah bersama lagi selepas kelahiran anak aku,
kalau ada pun hanya 5 minit itupun hanya 2/3 kali dalam tempoh 4 tahun. kenapa jadi macam tu normal ke.. mesti la tak normal hubungan macam tu sebab kami duduk sebumbung.
Mula2 penerimaan mak abah sangat terkejut sebab katanya kami hubungan suami isteri nampak harmoni. Itulah aku cakap dah 6 tahun ni, kami pandai simpan rahsia.
tapi mak abah dan mak abah mentua sentiasa sokong kami sehingga sekarang dan rahsia itu tetap menjadi rahsia kami berenam.
Sambung cerita proses rawatan tadi, keluarlah segala yang tak terfikir dalam akal fikiran kami, rambut yang bergulung2 panjang dan serpihan kaca . katanya orang nak buat suami tapi terkena aku, wallaualam.
suami aku ni kalau tengok dr dasar luar memang sangat baik, rajin serajin manusia, kawan yang disenangi di tempat kerja, jiran2 kami kenal dia sebagai yang peramah tetapi pendiam,
anak yang menyenangkan dan semestinya ayah kpd anak kami yang sgt penyayang. Dalam pantang pun dia jaga kami anak beranak dengan penuh rapi. Jadi, apa yang orang dengki sangat pada dia.
Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Sabar, akan aku rungkaikan apa terjadi lagi. Dalam proses rawatan,rambut bergulung2 dan kaca tu keluar dari badan aku kerana katanya aku yang terkena gangguan.
Bayangkan aku dalam keadaan mengandung , perut rasa senak sangat, katanya boleh cacat anak jika tak dikeluarkan benda benda itu. wallaualam.
Selepas melahirkan anak, kami dah tak focus dengan gangguan tu, Alhamdullilah dah tak rasa apa sangat gangguan tu, kami fokus dengan kerja dan besarkan anak.
Sempat juga bercuti tapi malangnya percutian tu memang tak ada hubungan intim kami suami isteri, aku sebagai isteri ok je, tapi pihak suami tak boleh.
Katanya dia tak ada nafsu pada aku. Aku ni nak kata tak ada rupa, rupa memang ada dan masih ada peminat sehingga kini tapi aku masih sayang suami aku, dan aku ingat Allah.
Jadinya, tahun ke tahun begitulah hubungan kami. Duduk sebumbung tapi nafsu suami tak ada. Macam2 cara aku dah buat, cakap la apa sahaja kecuali aku tak pernah mensyirikkan Allah.
aku usaha beli baju seksi, beli ubat untuk dia, makan malam romantik, goda dia. semua hambar. Mula2 tahun pertama selepas aku lahirkan anak, aku selalu jugak memberontak dan menangis malam.
aku ada nafsu, aku ada perasaan tapi suami aku kuis aku pun tidak. kami boleh makan bersuap2, bergurau senda, luangkan masa bersama anak tapi kami masih tak boleh bersama dan buat hubungan intim.
Jujur aku cakap, jiwa aku tersiksa. selalu baca lelaki je jiwa tersiksa ini aku punya situasi bukan 100 hari aku pantang hubungan intim tapi 4 tahun aku berpantang.
Aku dah goda dia, macam2 dah buat, tak jalan. Mesti ada yang kata dia golongan gay atau kunyit ke. Tidak wahai pembaca yang aku hormati, tidak sama sekali. Aku yakin seyakinnya.
Kami kenal 3 tahun sebelum berkahwin dan aku fahami sangat2 dia bukan golongan itu, dia anak yang sangat baik dengan mak ayah dia. Dan dia dah bersumpah dia bukan golongan sebegitu.
Maka, kami sepakat berubat lagi pada ustaz lain. Tempat yang kami pergi dulu tu pun dah pergi, katanya dah tak ada apa gangguan lagi terhadap kami, jadi pergi ikhtiar ke ustaz lain pula.
Bila emosi aku tak berapa elok, aku akan sedih, dah la layanan dr suami tak dapat, dia dah macam husnozan sangat2 dengan apa yang terjadi, bila aku minta cerai, tak nak pula.
sebab aku ni betul2 rasa batin aku tersiksa,kemudian, aku diam2 jumpa pakar kaunselor. pakar kaunselor mohon buatkan perjumpaan kami bersama dia.
Suami aku bila dengar aku pergi kaunselor, dia jawab ok sayang. kita cuba kali ni usaha ini pula. Bila kami dah setuju nak jumpa pakar kaunselor, hasil dari tu setelah perjumpaan 4 kali, kaunselor mengatakan tiada apa masalah bagi pihak kami sebab masa sesi satu per satu, suami aku jelas kata dia sayang aku, dia sedar dia abaikan nafkah batin,
dan dia sendiri tak tahu nak buat macam mana sebab dia tak ada nafsu pada aku dan rumusan dari itu, pakar kata mungkin boleh jumpa pakar sakit tuan atau pun ikhtiar cara lain.
Aku ni yang geram sebagai isteri, at least kau pihak suami usaha la. Ini asyik aku je yang kena aturkan itu ini, Bila aku menangis mula la otak aku fikir bukan2 tapi lepas tiap kali solat aku selalu doa permudahkn kesulitan kami, tunjukkan kami kebenarannya.
Dalam erti kata mudah, batin aku sungguh tersiksa. Pernah sekali aku diam2 ke pejabat agama untuk sesi kaunseling sebab ikutkan dalam akad nikah dan taklik ,
dah jatuh talak sebab suami tidak memberi nafkah batin dalam tempoh tertentu.
Nafkah zahir tak ada masalah, cukup setakat ini In sha Allah tapi ada kesannya nanti aku ceritakan.
Suami aku dapat tahu aku ke pejabat agama, marah betul dia tapi dia tak pernah angkat tangan pada aku. Dia pujuk aku katanya dia malu kalau bercerai, k3sian pada anak,
dan apa perasaan mak ayah.
Masalahnya dalam hal ni, aku kalau setahun dua aku ok ini dah 6 tahun, Allah ciptakan kami hidup berpasangan tapi aku terpaksa tersiksa nafkah batin.
Maka, aku pujuk lagi hati aku untuk batalkn kaunseling agama di pejabat agama. Kami berubat pada ustaz terkenal di Selatan.
Ustaz A kata suami aku digunakan sihir pemisah, nafsu nya terikat dan terkunci. Wallaualam. Macam2 la kami buat untuk penuhi proses rawatan tu.
masih juga dalam keadaan sama tiada perubahan. Selepas kali ke 4 ustaz tu berubatkan kami ,dia akui dia tak mampu bantu lagi, baiknya ustaz tu berikan suami ubat kuat, kopi dan macam2 lagi.
yang aku terngiang2 dia kata pada aku, isteri kau orang yang sabar, isteri kau normal. tapi itulah dalam masa sama ustaz tu pun tak boleh perincikan lanjut masalah kami walaupun 4 kali rawatan sebab masalah kami ni bukan gangguan yang nampak terang ada hantu atau histeria. ini melibatkan emosi dan jiwa.
Maka, setelah aku merajuk lagi setelah tahun ke tiga tiada proses perubahan suami aku, suami aku ke pakar perubatan moden jumpa doktor sakit tuan.
hasilnya, tiada apa masalah. suami punya aset boleh berfungsi tapi mungkin nafsu tu terhadap aku tiada jadi tak boleh nak bagi tindak balas, Doktor puji suami aku setiap hari berjogging, stamina badan jaga, pemakanan jaga, kurang stress dan tidak merokok. Jadi, apa punca masalah sebenarnya? –bersambung
Sumber: Selayangpandang.net