2 KEMATIAN HARI INI
PUTRAJAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini melaporkan dua kes kematian berkaitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 302, bersamaan 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.
“Kes kematian yang dilaporkan membabitkan dua wanita berusia 22 dan 67 tahun, masing-masing di Sabah.
“Seorang mangsa mempunyai latar belakang penyakit jantung reumatih dan aritmia jantung, manakala seorang lagi menghidap osteoathritits dan gastritis,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan kes COVID-19 di sini, hari ini.