KEBUN KOMUNITI DI BANDAR
ANTARA TUMPUAN KPKT TAHUN DEPAN
MARAN: Program Kebun Komuniti untuk komuniti separa bandar dan luar bandar antara yang akan diberi perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), tahun depan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan mensejahterakan bandar itu telah diumumkan Menteri Kewangan,
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021, semalam.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, program itu menyediakan peralatan seperti
kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60 ribu peserta.
“Saya berharap dengan adanya program tersebut dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti sekaligus
mengelakkan masalah sosial yang berlaku di kawasan perumahan yang dilaporkan semakin tinggi.
“Kita di peringkat kementerian akan membangunkan kawasan perumahan di bandar dan di kawasan lapang
dengan menanam sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di kawasan
berkenaan, ” katanya kepada pemberita selepas Program Local Agenda dengan memberi pelbagai penyampaian
peruntukan baik pulih rumah,menanam pokok dan pelepasan 10,000 anak ikan di sini, hari ini.
Secara keseluruhan belanjawan 2021, beliau berpandangan ia bersifat inklusif, komprehensif, dan berpaksikan
kepada kebajikan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.
Katanya, peruntukan juga diberikan berteraskan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek
pembangunan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini.