PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP DILULUSKAN
RM500 SEBULAN UNTUK TEMPOH 12 BULAN
KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.
“Pengeluaran dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas,”katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.