UMNO AKUR TITAH YDP AGONG
UMNO AKUR TITAH YDP AGONG
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kira-kira 4 jam yang berlangsung di PWTC malam tadi memutuskan untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media memaklumkan, UMNO akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk terus menumpukan kepada usaha mengendurkan ketegangan politik semasa, lapor BH Online.
“Ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional dan menggesa penambahbaikan prinsip kerjasama berpaksikan nilai penghormatan dan political concensus,” katanya.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO
Selain itu, mesyuarat memutuskan agar usaha Rekonsilasi Nasional dapat segera dilaksanakan, merangkumi pembabitan parti dalam Perikatan Nasional dan pembangkang.