Kanak-kanak tujuh tahun menang cabutan bertuah, kunjungan ke Program Aspirasi Pahang 1st berbaloi
Kanak-kanak tujuh tahun menang cabutan bertuah, kunjungan ke Program Aspirasi Pahang 1st berbaloi
JERANTUT: Kunjungan sebuah keluarga dari Kuantan ke Program Aspirasi Pahang 1st di sini ternyata berbaloi apabila anak mereka, Muhammad Adam Harith, tujuh tahun, memenangi cabutan bertuah.
Ibunya, Nurul Husna Abdul Mubin berkata mereka sanggup datang dari Kuantan untuk menyertai program berkenaan dan tidak menyangka anaknya dipilih sebagai pemenang.
Menurutnya, kemenangan itu disifatkan sebagai rezeki buat keluarga mereka dan turut mengambil peluang bermalam di rumah kakak di Jerantut.
“Memang tidak sangka nama anak dipanggil sebagai pemenang. Kami sangat gembira kerana ini rezeki malam ini.
“Kami datang dari Kuantan dan memang berbaloi kerana selain dapat mengikuti program, anak pula membawa pulang hadiah daripada cabutan bertuah,” katanya.
Katanya, mereka turut mengambil kesempatan menikmati suasana dan juadah yang disediakan sepanjang program sebelum pulang ke Kuantan.-SAHIH.
