Jualan Mega Raya meriah, Bellanies tawar promosi 5 dalam 1
Jualan Mega Raya meriah, Bellanies tawar promosi 5 dalam 1
TEMERLOH – Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab optimis jenama penjagaan kulit tempatan itu mampu mencuri tumpuan pengunjung pada program Jualan Mega Raya yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini, pada 17 dan 18 Mac ini.
Menurutnya, set penjagaan kulit Bellanies 5 dalam 1 akan ditawarkan pada harga promosi istimewa sempena sambutan Aidilfitri, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan produk berkualiti pada harga lebih berpatutan.
Katanya, penyertaan dalam program berkenaan bukan sekadar membuka ruang jualan, malah sebagai platform memperkukuh jenama Bellanies dalam kalangan pengguna di Pahang khususnya di Temerloh.
“Jualan Mega Raya ini menghimpunkan pelbagai usahawan termasuk produk industri kecil dan sederhana (IKS), pakaian raya, kasut, beg tangan, kuih muih serta produk kesihatan dan kecantikan.

“Kami tampil dengan set lengkap Bellanies 5 dalam 1 yang sesuai digunakan sebagai rutin harian dan juga hadiah istimewa sempena Aidilfitri,” katanya ketika ditemui.
Program yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 11 malam itu dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung memandangkan ia diadakan menjelang Aidilfitri.
Rosyatina berkata, pihaknya turut membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk mendapatkan tapak niaga dan bekerjasama memasarkan produk Bellanies di seluruh negara.
Katanya, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan dengan pertambahan stokis dari pelbagai negeri, sekali gus membantu menjana pendapatan secara konsisten kepada ejen dan pengedar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk Bellanies atau tempahan tapak niaga boleh menghubungi 019-9324947 (Ros), 017-9501543 (Ris) atau 012-6870780 (Ayu). – SAHIH
