Ngopi percuma 40 terawal di Santai Ngopi Bersama Usahawan
Ngopi percuma 40 terawal di Santai Ngopi Bersama Usahawan
TEMERLOH – Program Santai Ngopi Bersama Usahawan anjuran Bellanies Skin Solutions menawarkan minum petang (ngopi) percuma kepada 40 peserta terawal yang mendaftar, sebagai tarikan utama untuk menggalakkan lebih ramai usahawan dan bakal usahawan menyertai program itu.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, peserta yang mendaftar bermula nombor ke-41 akan dikenakan bayaran minum petang sebanyak RM15, namun tetap berpeluang menikmati pelbagai pengisian menarik serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.
Menurutnya, program yang dijadualkan berlangsung pada Selasa, 10 Februari 2026 itu akan diadakan dari jam 2 petang hingga 6 petang di Kesuma Cafe, Hotel Apsara,, Temerloh.

“Program ini bukan sekadar sesi santai minum kopi, tetapi turut menjadi platform untuk memperkenalkan peluang perniagaan Bellanies, selain memberi pendedahan kepada konsep bisnes yang mudah dan sesuai diceburi oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, antara pengisian utama program termasuk demo penjagaan kulit (skincare) percuma, demo cara pemakaian tudung dan shawl, penerangan bisnes KESS, jamuan ringan serta sesi cabutan bertuah untuk peserta.
Tambahnya, peserta yang mendaftar turut berpeluang menerima goodies pendaftaran yang terhad kepada 40 orang terawal, selain menikmati suasana santai sambil membina jaringan perniagaan bersama usahawan lain.
Rosyatina berkata, program itu turut melibatkan kerjasama bersama DewanNita, Dewan Muda dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sebagai usaha memperkukuh jaringan usahawan serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi.
“Melalui program ini, kami berharap dapat membantu lebih ramai individu, khususnya wanita dan golongan muda, untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan dengan bimbingan serta sokongan yang berterusan,” katanya.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran dengan menghubungi Ros di talian 019-932 4947 atau Ris di talian 017-950 1543.
