Wind Orchestra MCKK mengadakan persembahan Di Raja edisi ke-6
Wind Orchestra MCKK mengadakan persembahan Di Raja edisi ke-6
‘WIND ORCHESTRA’ Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengadakan Persembahan Di Raja (Royal Command Performance) edisi ke-6, di Auditorium Tun Abdul Razak di Kolej Melayu Kuala Kangsar baru-baru ini.
Orkestra tersebut turut digelar ‘The White Knights’ memainkan lagu di raja menyambut keberangkatan tiba Baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.
Lagu kegemaran Sultan Nazrin berjudul “Delilah,” yang digubah dan disusun semula oleh “The White Knights” dan didendangkan oleh penyanyi Adi Noramin.
Meneruskan persembahan termasuk lagu “Jikalau Abang Merindu,” dinyanyikan oleh Nur Hanis Hafiza, “Terbanglah Aku ke Bulan” oleh Adi Noramin, dan lagu bergenre jazz ‘Earth, Wind and Fire’ di bawah konduktor Aliff Iskandar.
Turut tidak ketinggalan, persembahan daripada anggota pancaragam ‘International Baccalaureate Diploma Programme’ (IBDP) yang terdiri daripada bekas pelajar program itu mempersembahkan lagu-lagu medley P. Ramlee dan menggabungkan pemainan seruling solo unik.
Kumpulan guru muzik Perak, termasuk Hazwan Rahim guru MCKK, mereka mempersembahkan lagu hits retro seperti “Nak Dara Rindu,” “Dua Cahaya,” dan “Bangunlah,” yang menghiburkan penonton yang hadir.
Kemudian orkestra itu menyambung semula persembahan mereka dalam segmen terakhir, dengan persembahkan “Let It Be” oleh The Beatles dan “Sinaran” oleh Sheila Majid, masing-masing dinyanyikan oleh Nur Hanis Hafiza dan Adi Noramin.
Sebelum persembahan berakhir, lagu terakhir pada persembahan itu, Tun Muhd Airil Hariz mengendalikan lagu “Seiring dan Sejalan,” menandakan persembahan terakhirnya bersama orkestra sebelum pemuzik di kalangan pelajar Tingkatan 5 menumpukan persiapan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang.-SAHIH.