CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL
CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL
4 Langkah Cuci Muka Yang Betul Untuk Dapatkan Kulit Bersih
Semua orang tahu cuci muka adalah rutin harian yang perlu dibuat. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih, tidak boleh malas dan sentiasa menjaga kebersihan kulit.
Setelah seharian menyelesaikan tugasan, pasti anda penat dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Tetapi jangan sekali-kali mengabaikan kulit muka anda! Bukan hanya mencuci muka sahaja, anda perlu tahu langkah yang betul.
Bersihkan Tangan
Ini perkara paling asas. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih. Basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu. Kulit muka adalah bahagian sensitif dengan habuk, debu, kuman dan bakteria. Tangan tidak sentiasa bersih, jadi jangan sentuh muka anda tanpa membersihkan tangan.
Cuci Make Up
Selepas bersihkan tangan, buang segala kesan make up yang anda guna. Lebih elok menggunakan pembersih solekkan atau make up remover. Jika anda menggunakan pencuci muka sahaja, liang pori anda akan tersumbat mengakibatkan kulit berjerawat dan berminyak. Walaupun anda tidak menggenakan sebarang solekkan pada hari tersebut, anda juga wajib membersihkan muka menggunakan make up remover.
Pencuci Muka
Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda masalah berminyak, gunakan pencuci muka yang mengandungi nilai pH rendah. Jika anak memiliki kulit kering, elak pakai pencuci muka yang mempunyai alkohol dan mineral yang tinggi. Ingat ya, pencuci muka mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit anda.
Zon T
Cuci muka sekurang-kurangnya 60 saat. Jangan terlalu sekejap dan jangan terlalu lama. Beri keutamaan kepada bahagian yang bermasalah seperti zon T. Zon T adalah bahagian dahi, hidung dan dagu. Jangan terlalu kasar semasa menggosok muka, jangan tekan kulit anda. Gosok dengan perlahan dan lemah lembut.