Semarak Masjid ketika zaman keagungan Islam suatu ketika dahulu
Semarak Masjid ketika zaman keagungan Islam suatu ketika dahulu
LIPIS – Umat Islam perlu menjadikan institusi masjid sebagai tempat permulaan bagi membentuk masyarakat yang baik dan berakhlak.
Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, usaha ini bertepatan dengan fungsi masjid ketika zaman keagungan Islam suatu ketika dahulu agar dapat dikembalikan.
Sama- sama kita meningkat ibadah ke pada allah ..menjadikan masjid kita sebagai printis untuk kita dan diri kita beribadah keapada allah ..isilah setiap saat detik kita pada bulan ramadan ini dengan amal ibadat seperti membaca al quran solat solat sunat berdoa ,berzikir dan bersedekah dan lain lain ibadah.
Setiap Umat Islam perlu mengabdikan diri di rumah Allah kerana amalan yang baik pastinya akan mendatangkan kebaikan.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli pada Majlis Perasmian Masjid Kampung Binjai dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kampung Binjai di Lipis, hari ini.
Berangkat sama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShaH
Pada majlis sama, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 150 penerima dari Mukim Penjom.
Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga kesihatan kerana ia merupakan kunci untuk melakukan ketaatan dengan sebaliknya.
“Percayalah dengan menjaga kesihatan maka nikmat lain akan dapat kita kecapi dengan sebaiknya sebagaimana kata orang bijaksana iaitu kenikmatan hidup yang paling terbaik di dunia adalah sihat.
” Saya juga ingin menyeru kepada yang berkemampuan belanjakanlah sebahagian harta kita untuk membantu sanak saudara dan ahli qariah yang kurang berkemampuan.
” Sikap peduli sesama Umat Islam ini perlu kita amalan dalam melahirkan masyarakat yang -bersatu padu dan bersatu hati,”titahnya-SAHIH