Cicak dalam botol kicap
Cicak dalam botol kicap
Tular sebuah klip video berdurasi 3.06 minit menunjukkan seorang netizen yang memegang dan menunjukkan botol kicap yang tamat tempoh pada 2025 mengesyaki mempunyai bahan asing dalam botol kicap itu.
Individu tersebut telah cuba mengosongkan botol tersebut dengan membuang baki kicap yang terdapat dalam botol itu ke dalam sinki untuk melihat apa yang disyaki ada bahan asing dalam botol itu.
Seterusnya invidivu itu terus memasukkan air paip ke dalam botol itu dan kelihatan benda asing iaitu dua ekor cicak.
Perbualan individu itu dipercayai dengan isterinya menyatakan mahu menyaman syarikat berkenaan. Lokasi kejadian dan masa tidak dijelaskan.
Carian melalui Google, syarikat berkenaan menjadi peneraju utama pasaran di Indonesia dan merupakan jenama utama Sweet Soy di Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui carian itu juga, syarikat itu mempunyai perniagaan terbesar di Asia dan salah satu yang terbesar di dunia dan mempunyai pekerja seramai 3,000 orang.
Selain itu, mempunyai tiga kemudahan pengeluaran, lapan kemudahan pembungkusan dan rangkaian pengedaran yang meluas di Jawa dan bahagian lain di Indonesia.