LTU ByPass Raub boleh dilalui
LTU ByPass Raub boleh dilalui
RAUB – Sebahagian Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Seksyen 5A Raub ByPass akan boleh dilalui pengguna jalan raya bermula jam 12.01 pagi, esok.
Pembukaan laluan sepanjang 6.4 kilometer itu membolehkan perjalanan ke Pantai Timur akan bertambah lancar; malah, dapat menjimatkan masa, kos bahan api serta mengurangkan kesesakan jalanraya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pengguna yang berulang alik ke Pantai Timur boleh menggunakan jalan pintas ini dan tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub, terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum.
Melalui pembukaan jajaran ini, hanya 30 minit masa diambil bagi perjalanan dari Leburaya Pantai Timur ke Kuala Lipis; tanpa perlu melalui Bandar Bentong dan Raub, dengan jarak perjalanan 45.3 kilometer.
Beliau ditemui media selepas merasmikan Pembukaan Lingkaran Tengah Sesyen 5A ByPasss di Raub, Pahang; yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Jajaran LTU di Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6, dengan jarak sepanjang 169.10 kilometer dan dipecahkan kepada 16 seksyen. – SAHIH