MAKLUMAN PENUTUPAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH JERANTUT BAGI BANJIR MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024.
MAKLUMAN PENUTUPAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH JERANTUT BAGI BANJIR MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024.
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Jerantut bagi kejadian banjir MTL 2023/2024 mulai 26 Disember 2023 telah secara rasmi DITUTUP sepenuhnya pada 29 Disember 2023 (Jumaat) jam 4.30 petang.
Kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.
Namun begitu, keadaan akan terus DIPANTAU dari semasa ke semasa memandangkan kita masih dalam Fasa Monsun Timur Laut (MTL) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan terus dibuka secara skeleton di Pejabat APM untuk tujuan pemantauan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut
APM Jerantut (Sekretariat)