SASAR HUFFAZ TABIKA KERJASAMA BERSAMA YAYASAN PAHANG
SASAR HUFFAZ TABIKA KERJASAMA BERSAMA YAYASAN PAHANG
TEMERLOH – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mensasarkan sejuta kanak-kanak yang menerima pendidikan awal menerusi program Program Tabika Pra TahfizTabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjadi celik Al-Quran dalam tempoh 10 tahun.
Sebanyak 10 ribu 843 Tabika Kemas di seluruh negara terlibat bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, menjelang 2026, Tabika Kemas mampu melahirkan seramai 100 ribu huffaz kanak-kanak.
“insyaAllah jika setiap 3 tahun kita dapat lahirkan 100 ribu kalau tidak pun huffaz tetapi adalah mereka yang celik kepada alquran, bayangkanlah cuma memerlukan 10 tahun sahaja daripada sekarang untuk kita mencapai jumlahnya 300 ribu dan kami mempunyai matlamat untuk mewujudkan 1 juta huffaz dikalangan anak anak tadika ini untuk celik alquran melalui kerjasama dari yayasan pahang.”
Pada minggu lalu, Jabatan Kemas dan Yayasan Pahang telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz Kemas.
Ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat menyempurnakan majlis memorandum berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Daerah Temerloh, di Dewan Tun Razak, dekat Temerloh, Pahang. SAHIH