Kerajaan Madani tidak membezakan bantuan banjir
Kerajaan Madani tidak membezakan bantuan banjir
TEMERLOH – Semua agensi terlibat dalam pengurusan banjir diingatkan supaya membantu penduduk terjejas tanpa kira fahaman politik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk tanpa mengambil kira perbezaan politik dalam menyalurkan bantuan.
“Buat sesuatu yg lebih baik tanpa mengira warna yang berbeza terutamanya dalam menangani masalah kita ketepikan perbedaan kalangan kita satuni.. Ini lah baru kerajaan yg adil.”
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Daerah Temerloh, di Dewan Tun Razak, dekat Temerloh, Pahang.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli
Ahmad Zahid turut memuji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh yang sebelum ini diiktiraf sebagai terbaik dalam mengendalikan pengurusan banjir.
Katanya, pencapaian diperoleh itu adalah hasil komitmen ditunjukkan penjawat awam daerah Temerloh yeng pernah menguruskan kira-kira 39 ribu penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Banjir, beberapa tahun lalu.-SAHIH