Datuk Hattan sekolahkan pembaca berita dapat reaksi netizen
Datuk Hattan sekolahkan pembaca berita dapat reaksi netizen
ISU seorang pembaca berita mendapatkan rekasi netizen selepas ‘disekolahkan’ oleh penyanyi veteran, Datuk Hattan menerusi satu temu bual secara siaran langsung di kaca TV baru-baru ini.
Namun, pembaca berita itu, Nursyazwani Saiful Sham enggan untuk memberi apa-apa penjelasan dan memohon orang ramai tidak memanjangkan lagi isu tersebut kerana dia menganggap itu sebagai asam garam dalam dunia kewartawanan.
Kejadian itu turut mendapat reaksi daripada seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Riduan Yusoff yang menulis, berharap semua insan wajar menjada adab.
“Ia sangat penting terutama dalam tutur bicara kita apatah lagi kalau beliau (Datuk Hattan) seorang artis yang menjadi figura peminat.
“Suka saya bawa kepada semua orang, contoh paling dekat, Datuk Mokhzani, dia walau ilmu banyak lulusan Berklee, sana sini orang panggil, dah dapat gelaran datuk dah masuk kali ke empat,” katanya.
Tambahnya, dia (Datuk Mokhzani) relax ja, tak pernah cakap tinggi jauh sekali nak rasa bangga dan menunjuk. Dulu kini dan selamanya dia tetap dia yang dulu.
Melalui laman sosial, netizen tetap menyerang akaun laman sosial penyanyi yang berusia 58 tahun itu yang dianggap tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penggiat seni.-SAHIH.