Kepakaran Telekomunikasi Bantu Bawa Perubahan di Jerantut
Kepakaran Telekomunikasi Bantu Bawa Perubahan di Jerantut
JERANTUT: Tokoh belia dan jurutera, Ahmad Murad Mat Hassim @ Idris, mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi telekomunikasi.
Beliau memiliki Ijazah Kejuruteraan Telekomunikasi dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1998.
Ahmad Murad memulakan kerjaya sebagai juruteknik kilang Motorola Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1992 hingga 1993 sebelum melanjutkan pelajaran di UTM.
“Selepas itu saya bersama (bekerja) dengan ZTE (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpengkalan di China selama setahun.
“Kemudiannya saya menyertai Edotco (M) sebagai pengurus besar pemasaran dan bertanggungjawab menjaga dan merancang pemasaran infrastruktur telekomunikasi untuk pelbagai syarikat telekomunikasi di seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau kini memegang jawatan sebagai ketua penyelaras pembangunan 5G untuk negeri Pantai Timur Semenanjung.
Katanya, tujuan utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ketua UMNO Bahagian Jerantut adalah bagi membawa perubahan kepada barisan pimpinan parti itu.
“Perubahan yang ingin saya bawa bukan sahaja untuk memperkuatkan kembali UMNO, tapi mengukuhkan kembali perpaduan dalam kalangan ahli,” katanya.
Ahmad Murad juga ingin melihat UMNO Bahagian Jerantut menjadi lebih terbuka dan mesra dengan golongan muda dan membawa lebih ramai golongan ini bersama dalam parti.
tamat-SAHIH