Serik kerajaan 22 bulan, GWGF yakin menang 50 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda
Serik kerajaan 22 bulan, GWGF yakin menang 50 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda
JERANTUT – Serik dengan keadaan pentadbiran kerajaan 22 bulan, Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF) berikrar menyokong Barisan Nasional ( BN) yang didokongi UMNO dan mampu menang di 50 kerusi daripada 54 kerusi seluruh negara yang majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.
Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan terhadap calon semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN setelah menolaknya pada PRU14.
Menurutnya, satu ketika dulu menjadi ` deposit tetap` UMNO/BN hanya menang 27 kerusi Parlimen berbanding 48 kerusi pada PRU13, manakala pada PRU15 sokongan padu berptah balik berpihak kepada BN.
“ Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung.
“ Justeru itu warga Felda yang terdiri generasi pertama, kedua dan ketiga Felda termasuk pengundi baru perlu memberi undi solid kepada calon BN yang menjadi harapan kita orang Felda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Permotoran Strorm Rider Junior Peringkat Negeri Pahang di Felda Jengka 12 hari ini .
Turut hadir, Calon BN Parlimen Jerantut Datuk Zukarmi Abu Bakar dan Calon BN Dewan Undangan Neferi Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Rozali berkata, sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
Katanya, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda.
“ Warga Felda jangan mudah melupakan BN yang banyak berjasa kepada warga Felda dari dulu dan kini hanya kerana satu dua isu yang dibangkit individu yang memfitnah,” katanya.
Presiden GWGF itu merayu lebih 135,000 ahli berdaftar dari 317 rancangan dengan sebelas Wilayah terus mengundi calon BN sekali gus menyumbang pembentukan kerajaan yang kukuh dan kuat.
Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi terhadap BN dan UMNO juga mengambil kira faktor dan rekod parti disamping pencapaian yang telah dilaksanakan dari dulu pasca merdeka hingga kini.
Beliau berkata, parti UMNO dan BN terus menerus menjaga kepentingan peneroka dan generasi baharu semasa menjadi kerajaan..
” Janganlah lupa jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan yang telah mewujudkan Felda dan mengangkat martabat warganya setanding dengan masyarakat moden negara ini, ” kataanya.-SAHIH.