Nazri bawa pembaharuan dan kesejahteraan di DUN Pulau Tawar
Nazri bawa pembaharuan dan kesejahteraan rakyat DUN Pulau Tawar
JERANTUT – Penyandang dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar berhasrat membawa pembaharuan dan kesejahteraan rakyat di kawasannya.
Antaranya meneruskan dan memperbanyakan bilangan rumah secara percuma menerusi Rumah Rakyat Pahang (RRP)selain memperluas Skim Tanah Warisan (STW) ke seluruh Negeri Pahang.
Calon N11 itu, Datuk Nazri Ngah turut berhasrat mengambil alih dan membaikpulih projek rumah generasi baru FELDA melalui Skim Rumah Pahang, meneruskan Skim Rumah PRIMA Pahang, Rumah Makmur Pahang dan Rumah Mesra Pahang (RMP), selain turut mahu menerus dan memperluas penerima manfaat Bantuan Prihatin Pahang.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut, turut memperkasakan Institusi agama di di DUN dan negeri Pahang.
“Ini terus menjamin kemakmuran antara kaum dan agama seperti yang dinikmati sekarang, memantapkan fungsi dan peranan intitusi agama di Negeri Pahang, perkasakan institusi pengajian Islam di Negeri Pahang sebagai agenda Pahang sebagai negeri paling banyak melahirkan tahfiz professional.
“Tidak lupa memperkukuhkan tadbir urus kerajaan negeri dengan mengawal ketirisan hasil kerajaan Negeri dan mengamalkan pentadbiran berintegriti tinggi, Inovasi dan berdaya maju,” katanya.
Nazri menambah, berhasrat memperkasa pengupayaan bakat masa hadapan, memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz dari kecil hingga pendidikan tinggi, meneruskan inisiatif Pahang Pride.
“Turut mencipta lebih banyak peluang kerja baharu untuk golongan muda menerusi peningkatan pelaburan Negeri Pahang dan meneruskan bantuan dan program pengupayaan usahawan muda.
“Untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi negeri, terus meningkatkan hasil kerajaan negeri tanpa membebankan rakyat selain kestabilan pelaburan dari dalam dan luar negeri.
Katanya, untuk menjaga kesejahteraan rakyat, beliau berhasrat kerajaan dapat memastikan bekalan air terawat yang mampan dan perlaksanaan projek-projek di seluruh Negeri Pahang bagi mengatasi isu bekalan air.
“Kalau boleh menyelesaikan 90% masalah bekalan air di Negeri Pahang dalam tempoh 5 tahun dan projek penggantian paip dari Bukit Rang ke Bukit Nikmat dengan kos RM15 juta,” katanya.-SAHIH.