Walau sibuk sempat santuni pesara polis
Walau sibuk sempat santuni pesara polis
Kesibukan dengan jadual kempen padat tidak menghalang calon BN parlimen Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin meluangkan masa bersama pesara polis.
Beliau yang dalam perjalanan ke Chenor untuk berkempen sempat singgah di Laman Qalbu dekat bandar Maran, petang tadi.
“Pertemuan ini berlangsung dalam suasana santai tapi meriah dan saya berterima kasih kepada semua warga pesara polis yang sudi meluangkan masa.
“Saya yakin sebagai bekas anggota keselamatan negara, sudah tentu mereka mahu mengekalkan kerajaan stabil dan aman.
“Semoga pesara polis akan terus bersama menyokong kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti menjaga kebajikan semua rakyat di negara ini,” katanya.
Shahaniza turut menyatakan rasa bangga dengan sumbangan warga pesara polis yang banyak berkorban untuk negara selama ini.
Beliau percaya semua pesara polis bukan saja di Maran, bahkan di seluruh Pahang dan seluruh negara akan terus bersama kerajaan Barisan Nasional.-SAHIH