Rahman terharu disapa peniaga yang mendapat bantuan Warung Desa
Rahman terharu disapa peniaga yang mendapat bantuan Warung Desa
Foto atas : Bersama warga Bilik Gerakan Cawangan Jeransang Hilir.
LIPIS – “Tapi hari tu (tahun lepas) ada seorang Pegawai Datuk Seri datang gerai saya, tanya nak tak bantuan untuk kembangkan perniagaan? Tak tanya pun saya ni undi parti apa.. Saya tak tau nak gambar macam mana, gembira sangat-sangat,” itu luahan seorang peniaga di Tanjung Besar, Lipis, hari ini.
Peniaga tersebut dikenali dengan nama Kak Roshaliza iaitu salah seorang penerima Bantuan Warung Desa sangat gembira dengan kunjungan mesra Calon Parlimen itu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
“Saya berterima kasih kepada Datuk kerana membantu saya untuk mengembangkan perniagaan yang memberi lebih keyakinan.
“Kalau tiada bantuan itu, saya mungkin masih berniaga secara kecil-kecilan yang pendapatan tidak seberapa untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Abdul Rahman berkata, itu adalah hasrat beliau untuk membantu masyarakat di Parlimen Lipis dan memberi bantuan sebaik mungkin kepada yang memerlukan.
“Saya terharu disapa oleh peniaga yang menerima bantuan itu dan menunjukkan perkembangan yang positif baginya, dia gembira, saya bahgia,” katanya.
Sementara itu, beliau turut merasmikan Program Jana Niaga @Desa Rimbunan Kasih dengan tema Mindset Usahawan Berjaya bertujuan untuk kenalpasti dan menilai impak terhadap program keusahawanan di bawah MARA.
“Kita juga menjemput usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk turut serta dalam gerai jualan di samping dapat promosi perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Hari ini juga turut dilancarkan produk-produk IKS Lipis seperti Kuih Tiram Zeyla dan usahawan Pewangi Pin’cess,” katanya.
Beliau turut melawat warga Bilik Gerakan Cawangan Jeransang Hilir sambal beramah mesra dan berpuas hati dengan gerak kerja jentera parti yang melaksanakan tugasan hingga ke garisan akhir pada 19 November nanti.-SAHIH.