Berita gembira, Paip HDPE akan dipasang elak berlaku putus bekalan air di kawasan Pulau Tawar
Berita gembira, Paip HDPE akan dipasang elak berlaku putus bekalan air di kawasan Pulau Tawar
Foto atas : Seorang penduduk, Baharim Abdullah, 63 tahun, menunjukkan tangki air sebagai langkah jangka pendek untuk membantu penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air.
JERANTUT – Penduduk yang tinggal mulai dari Persimpangan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat bakal menikmati bekalan air bersih tanpa gangguan apabila paip jenis high-density polyethylene (HDPE) akan ditukar sepenuhnya tidak lama lagi.
Paip tersebut akan diganti pada kadar segera kerana kejadian paip pecah sering berlaku mengakibatkan penduduk terbabit kerap mengalami putus bekalan air.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, paip jenis HDPE yang bakal dipasang berketahanan tinggi terhadap kikisan oleh pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kemusnahan pada paip.
“Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri Pahang prihatin dengan isu yang timbul dan meluluskan kos pemasangan paip jenis ini sebanyak RM 15 juta pada kadar segera.
“Ini menggantikan paip lama yang dipasang pada tahun 1970an sudah begitu lama dan itu menyebabkan paip pecah berlaku mengganggu kehidupan penduduk di situ,” katanya.
Katanya, penggunaan HDPE disebabkan fleksibiliti paip mudah untuk dibengkok, selain itu fleksibiliti paip dapat mengurangkan jumlah paip dan mengurangkan kos pemasangan,” katanya.
“Oleh itu, perancangan jangka pendek pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) PAIP air dirawat di tangki jenis poly adalah penyelesaian simpanan air yang ringan ketika berlaku putus bekalan untuk menyimpan air minuman untuk tujuan kediaman.
“Begitu juga langkah yang sama diambil di Kampung Perak berdekatan Felda Sungai Tekam turut mengalami kekerapan putus bekalan air, dan tangki jenis yang sama diletakkan dan menelan belanja RM20,000,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Kampung Kelola, A.Hadi Ibrahim (58) bersyukur akan tindakan penyandang ADUN Pulau Tawar yang cakna dengan masalah yang dialami oleh penduduk di Kawasan ini.
“Apabila berlaku putus bekalan air, pihak PAIP akan datang membekalkan ari yang disisi ke dalam tangki berkapasiti 500 galon untuk kemudahan orang ramai di kawasan terjejas.
“Berita gembira ini bakal menyelesaikan kesulitan penduduk setempat secara jangka Panjang,” katanya ketika dihubungi.-SAHIH.