UMNO TANGGUH MESYUARAT MT
Berita Politik
UMNO TANGGUH MESYUARAT MT HINGGA SELASA
PONTIAN: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sepatutnya diadakan secara sidang video esok, ditangguhkan kepada Selasa depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penangguhan mesyuarat berkenaan disebabkan ahli MT mahu mesyuarat itu diadakan secara bersemuka berbanding hanya menerusi sidang video.
“Mesyuarat MT UMNO akan diadakan di Pahang pada Selasa ini, 20 Oktober, jam 3 petang bagi membolehkan semua ahli MT hadir.
“Kita memilih Pahang bagi mesyuarat berkenaan, berikutan lokasi di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir di Majlis Penyampaian Bantuan kepada Mahasiswa/Mahasiswi Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Pusat Khidmat Benut, dekat sini.
BH Online