Guru pengsan di masjid meninggal dunia
Guru pengsan di masjid meninggal dunia
LIPIS-Hasrat untuk bercuti bersama keluarga mertua di Negeri Sembilan sempena cuti sekolah tidak tercapai apabila seorang guru yang pengsan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta dekat sini.
Mangsa, Nik Zulkiflee Nik Yusof berusia 48 tahun yang pengsan di Masjid Baru Benta dikejarkan ke klinik kesihatan dekat sini untuk menerima rawatan, disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mangsa pengsan di Masjid Baru Benta.
“Mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di situ untuk menerima rawatan.
“Ketika menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di situ,”katanya.
Mangsa yang beralamat di Kampung Demit Darat, Jalan Sultanah Zainab 2, Kota Bharu.
“Arwah yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu bersama keluarganya dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.-SAHIH.