YRS sumbang barang dapur kepada Pusat Tahfiz dan asnaf
Foto atas: YRS menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada pusat tahfiz, di Jerantut, semalam
YRS sumbang barang dapur kepada Pusat Tahfiz dan asnaf
JERANTUT – Yayasan Raja Shamri (YRS) mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini dengan menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada Maahad Tahfiz Darul Ihya Ad Diniah, Jerantut, golongan tahfiz asnaf dan yatim piatu yang berada di luar bandar.
Pihak pengurusan Maahad Tahfiz turut berterima kasih dengan sumbangan YRS kepada pusat itu serta cakna dengan golongan asnaf yang menuntut di situ.
Jurucakap pusat tahfiz itu berkata, golongan asnaf yang sedang menuntut ilmu dan bakal menjadi tahfiz dan ilmuwan agama tidak patut dipinggirkan.
“Suatu masa nanti golongan ilmuwan agama inilah yang akan menjadi pewaris dan seterusnya menyampaikan ilmunya pula buat generasi baharu,” katanya.
Wakil 3rd Force YRS berkata, pihak Yayasan Raja Shamri sentiasa komited membantu tidak kira di mana mengikut kemampuan dan keupayaan demi negara yang tercinta. Sumbangan disampaikan oleh wakil 3rd Force YRS di sini.-SAHIH.