JKKP Perlis siasat kes lelaki maut tersepit roller conveyor tidak bermotor
JKKP Perlis siasat kes lelaki maut tersepit roller conveyor tidak bermotor
KANGAR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perlis telah mengerakkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan ke atas kes kemalangan maut.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 8 Mac lalu di sebuah kuari di Mukim Titi Tinggi, Padang Besar lebih kurang 3.30 petang.
Menurut Pengarah JKKP Perlis, Amree Ghazi dalam kenyataannya, kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pekerja lelaki warganegara Malaysia yang maut akibat tersepit pada bahagian Roller Conveyor tidak bermotor.
Susulan daripada siasatan tersebut, JKKP Perlis telah mengeluarkan satu Notis Larangan serta-merta bagi pengunaan semua operasi mesin yang terlibat di tempat kerja.
Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
JKKP Perlis akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab
sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja
mahu pun orang awam.-SAHIH