Jambatan dan jalan runtuh di Jalan Tranum, Raub
Jambatan dan jalan runtuh di Jalan Tranum, Raub
RAUB – RAUB – Sebuah lori surat khabar terperesok di kawasan jalan runtuh di hadapan Tokong Besar Cina Tras, Tranum, Jalan Bentong-Raub Lama dan pemandunya mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.00 pagi, hari ini.
Pemandu tersebut, Chia Keim Bong diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bentong.
Hujan lebat yang berlaku antara jam 11.30 malam, semalam sehingga 3.00 pagi, hari ini mengakibatkan berlaku jalan dan jambatan runtuh. Jalan tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.
Jalan sepanjang 20 meter panjang dan lebar 6.00 meter dan sedalam 5.00 meter runtuh. Jalan tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.
Kerja pemasangan penghadang dan tanda amaran dilakukan oleh pihak Roadcare bagi memberi amaran dan keselamatan kepada pengguna jalan raya.
Orang ramai dinasihatkan mengguna laluan alternatif, jalan dari Raub menggunakan Jalan Bentong – Gua Musang dan Jalan Utama Mempaga ke Central Spine Road atau mengikut laluan Jalan Bentong – Raub Lama.-SAHIH.