11 daerah di Kedah Zon merah
11 daerah di Kedah Zon merah
PETALING JAYA: Semua 11 daerah di Kedah kini diklasifikasikan zon merah Covid-19 selepas merekodkan 29,372 kes aktif sehingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Hayati Othman berkata penularan kes ketika ini bersifat sporadik dan tidak lagi bergantung kepada kluster.
Setakat ini, katanya, hanya beberapa mukim dalam zon jingga dan kuning, dengan kebanyakan kawasan kini diklasifikasikan sebagai zon merah.
“Kebanyakan kes dikesan melalui saringan kendiri dilakukan mereka yang bergejala serta kontak rapat.
“Dulu kita ada kluster pendidikan, umrah, kilang dan sebagainya, tetapi kini kebanyakan kes tersebar secara sporadik,” katanya menurut laporan Kosmo.