Rootstalk kembali bersemangat di Suntone Reggaefest
Rootstalk kembali bersemangat di Suntone Reggaefest
Band Rootstalk yang berpecah sekitar tahun 2010 dengan genre reggae moden kembali aktif dengan barisan pemuzik baharu untuk Reggae Fest project di bawah kendalian Jahvalion.
Apiq seorang pemain gitar yang pengasas band yang berasal dari Temerloh , Pahang telah mula bergerak di beberapa gig di sekitar ibu kota sebelum ini.
Apiq sebaliknya tidak putus semangat dan pada 2011, mengekalkan
“line-up” lama sehingga sekarang ialah Apiq Sulaiman (penyanyi), Ery Haidar (penyanyi), Johan Othman (dram), Wan Mohd Fadhli (gitar utama), Amir Rashid (bass), NorAzizi EG (perkusi), Azrul ‘Kurt’ Anuar (keyboard) dan Fitri Rosley (gitar kedua).
“Antara pentas besar yang pernah kami adakan persembahan ialah KL Reggae Fest pada 2011, Asian Reggae Fest (2012), Skanking Fest Prelude (2016), Rimba Reggae Fest (2017) serta aktif dengan gig di tanah air antara 2011 hingga tahun lalu.
“Pada 2017, Rootstalk muncul dengan EP pertama berjudul Memoirasta yang memuatkan lima lagu iaitu Oh Hati, Memoirasta, Enough, Cicee dan Mr Arjuna,” katanya.
Baru-baru ini, Rootstalk terbabit menjayakan Suntone Reggaefest yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak.
“Alhamdulillah penganjuran itu berjaya mencapai matlamat. Persembahan kali ini adalah pentas apresiasi Rootstalk terhadap band reggae tempatan yang lain beserta sambutan ulang tahun ke-10 kami dalam ‘scene’ reggae.
“Kami turut menjemput beberapa rakan dari band lain untuk turut serta dengan Rootstalk di Suntone Reggaefest, “katanya
Katanya antaranya Dodd (penyanyi Skudap Skudip), Along (Rasta Syndicate), Apek (Sharp Shooter) dan Bob (Akar Kayu)
“Selain itu, band lain yang turut serta ialah Republic of Brickfields, Rosewood, Coca d Monday, The Island, Highbiscus, Buzzkill, The Ghetto, Banyak Bunyik Republik dan JAHVALION,” katanya.
Rootstalk boleh dihubungi di beberapa platform media sosial seperti Instagram (@roostalkband), Facebook (The Rootstalk) dan YouTube (The Rootstalk).-SAHIH