Usaha menyelamat Rayan, rakyat Maghribi mendoakan kesejahteraanya
Usaha menyelamat Rayan, rakyat Maghribi mendoakan kesejahteraanya
MAGHRIBI – Budak lelaki, Rayan Awram (5 tahun) telah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di bandar Bab Berred pada hari Selasa dan usaha menyelamat dilakukan melibatkan menggali lubang di samping lubang sempit dan terowong untuk merentasi beberapa meter tanah untuk sampai ke budak tersebut.
Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Rayan, 5 tahun, tetapi kenyataan yang dibacakan oleh pegawai di tempat kejadian pada sebelah pagi menyatakan budak itu selamat.
Sebuah ambulans dengan pasukan penyelamat dan perubatan serta sebuah helikopter bersiap sedia untuk memberi rawat dan membawanya ke hospital.
Pagi Sabtu, pasukan penyelamat terus menggali ke arah lubang telaga dan kerja-kerja dihentikan buat sementara pada hari Jumaat kerana kebimbangan mengenai kestabilan tanah, tetapi diteruskan kemudian.
Pasukan penyelamat pada ketika itu hanya pada jarak dua meter dari telaga pada pagi Sabtu tetapi usaha menyelamat mereka tergendala oleh batu yang dibersihkan menjelang tengah hari, menurut laporan media tempatan.
Ibunya, Wassima Kharchich berkata, dia berdoa dan memohon kepada Allah agar anak saya keluar dengan selamat,
“Ya Allah, ringankan kesakitanku dan dia, di dalam lubang debu itu,” katanya kepada saluran berita Maghribi 2M.
Rayan yang terjatuh ke dalam perigi itu pada hari Selasa beberapa jam sebelum ibu bapanya sedar kehilangannya dan menemuinya di dalam perigi tersebut dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat dapat menyuap makanan dan oksigen kepada Rayan melalui lubang di dalam perigi dan meletakkan kamera padanya untuk melihat perkembangannya.
Bapa Rayan, Khalid berkata, anak saudaranya pernah melihat Rayan makan melalui kamera. Tambahnya lagi, dia terharu dengan sokongan ribuan warga Maghribi terhadap kejadian yang menimpa Rayan.
Hashtag #SaveRayan dalam bahasa Arab dan Inggeris menjadi trend di seluruh Afrika Utara sepanjang operasi.
Pemain bola sepak Maghribi dan bintang PSG, Achraf Hakimi turut menyebut usaha menyelamat di media sosial, di samping emoji patah hati dan simbol berdoa.
Bintang Manchester City dari Algeria, Riyad Mahrez turut menyertai solidariti itu dan turut berkongsi gambar Rayan di Facebook bersama hashtag “Stay Strong”.
Masjid-masjid yang mengadakan solat Jumaat di negara itu bergema dengan doa untuk menyelamatkan dan kesejahteraan Rayan.-SAHIH.