Mekanik maut dalam kemalangan langgar bucu besi penghadang jalan
Mekanik maut dalam kemalangan langgar bucu besi penghadang jalan
LIPIS – Seorang mekanik, Sin Chee Fat, berusia 24 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya di selekoh tajam KM 18, Jalan Lipis-Benta, pada jam 1.59 pagi, hari ini
Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal kereta yang dipandu mangsa menghala ke Benta telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan terus merempuh bucu besi penghadang jalan (guard rail) menghala ke Lipis.
“Tiada kesan brek di tempat kejadian, lokasi kemalangan adalah di kawasan jalan berselekoh, keadaan jalan kering, berturap, bahu jalan berturap. Sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah putih berkembar sebagai pembahagi lorong, keadaan gelap tanpa lampu jalan dan cuaca baik.

“Mangsa cedera parah di bahagian badan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedahsiasat selepas ujian Covid-19 diperolehi,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis memohon saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan. Kenderaan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan kemalangan.-SAHIH.