Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh meninggal dunia
Foto atas: Saat akhir sebelum mendiang meninggal dunia selepas terjatuh daripada basikal akibat serangan jantung
Kuala Lumpur: Berita pemergian bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh nyata mengejutkan rakan seperjuangan dan peminat bola sepak tempatan yang dikongsi melalui laman Facebook masing-masing.
Bekas penyerang negara, Khalid Jamlus katanya, ketika dia masih aktif beraksi sebagai pemain profesional, Shebby mengingatkan kepadanya supaya sentiasa berusaha untuk menjadi penyerang berwibawa.
Malah, bekas pertahanan skuad negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 1989 itu turut menasihatkan agar Khalid sentiasa merendah diri agar disenangi semua pihak.
“Kata-kata beliau yang masih tersemat di dalam diri aku sehingga kini. Lid (Khalid) nak menjadi pemain hebat ko perlu usaha, peduli kan apa orang kata. Sebab perjalanan hidup ko baru bermula. Jangan lupa asal usul ko jangan besar kepala. …Sentiasa ‘humble’. Takziah pada keluarga beliau,” tulis Khalid.
Legenda bola sepak negara dan penyiar sukan, Serbegeth Singh meninggal dunia, jatuh terkena serangan jantung ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam., semalam.
Jurulatih berpengalaman dan rakan mendiang, Azraai Khor Abdullah mengesahkan berita sedih kematian mendiang pada usia 61 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.
Beliau berkata, polis sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.-SAHIH.