Orang ramai berhasrat ke KL perlu melalui jalan alternatif
Orang ramai berhasrat ke KL perlu melalui jalan alternatif
TEMERLOH- Orang ramai yang berhasrat untuk ke Kuala Lumpur perlu mencari jalan alternatif kerana Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih tidak boleh dilalui kepada semua kenderaan.
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Kilometer (KM) 112.2 – 111.2 serta KM113 dari Lanchang ke Temerloh di semua lorong kedua-dua arah masih ditutup kerana keadaan air semakin meningkat.
Di KM114.8 sehingga KM 115 dan di KM116.2 sehingga KM 117.7 laluan di kawasan tersebut turut ditutup, manakala di KM 124 menghala ke Temerloh– Chenor turut berlaku air naik di kawasan lorong kecemasan dan keadaan air masih terus meningkat.
Terdapat lopak (sinkhole) di sebelah kiri di KM 79.9 menghala ke Kuala Lumpur dan di KM 74.4 terdapat banjir lumpur dan ditutup kepada semua kenderaan.
Di KM71 berlaku banjir, manakala di KM 69.5 dan di KM 67.8 menghala ke Kuala Lumpur terdapat aliran serpihan (debris flow).-SAHIH
SUMBER : LPT1 / KLK pada jam 9.00 pagi