Misi mesti menang Harimau Malaya di Piala AFF tidak menjadi
Misi mesti menang Harimau Malaya di Piala AFF tidak menjadi
Malaysia masuk padang dengan misi mesti menang dalam Piala Suzuki AFF 2020/2021 dengan menunjukkan taring pada minit ke-13 selepas tendangan lencong jarak jauh Kogileswaran Raj menerjah gawang Indonesia menewaskan penjaga gol Nadeo Argawinata.
Tetapi Indonesia terus mengucar-kacirkan barisan pertahanan Malaysia apabila Irfan Jaya menjaringkan dua gol dari jarak dekat sebelum separuh masa pertama untuk memberikan pendahuluan kepada pasukannya.
Pratama Arhan pula menjaringkan gol dari luar kawasan selepas lima minit permainan separuh masa kedua dijalankan untuk meningkatkan kelebihan jaringan Indonesia.
Ketika berbaki lapan minit, Elkan Baggot menjaringkan gol keempat untuk mengesahkan tempat teratas di hadapan Vietnam menerusi gol yang dijaringkan.
Indonesia, yang tidak pernah memenangi pertandingan dwitahunan itu sejak diwujudkan pada 1996, bertemu Singapura pada pusingan pertama separuh akhir pada Rabu, dengan pertemuan kembali tiga hari kemudian.
Thailand, pemenang pertandingan dengan rekod lima kali, berdepan Vietnam pada Khamis. Perlawanan timbal-balik kedua akan diadakan pada 26 Dis.
Perlawanan dalam Piala Suzuki dimainkan dalam format berpusat di Singapura. Kejohanan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan kerana wabak coronavirus.-SAHIH.