Berwaspada, paras sungai di daerah Jerantut semakin meningkat
Berwaspada, paras sungai di daerah Jerantut semakin meningkat
Foto hiasan: Pemandangan di restoran rakit, Kuala Tahan
JERANTUT – Penduduk yang tinggal berdekatan dengan pesisiran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang serta kawasan rendah dikehendaki berwaspada ekoran hujan turun berterusan terutama di kawasan pedalaman dan corak semasa paras air sungai terus meningkat.
Bacaan paras Sungai Tembeling di Stesen Kuala Tahan menunjukkan bacaan 64.06 meter di paras waspada dan dalam keadaan terus menaik. Manakala bacaan di Stesen Sungai Yap pada paras 44.25 meter dalam keadaan normal dan masih menaik, bacaan Sungai Jelai di Stesen Jeram Bungor pula pada 55.53 meter dan terus menaik
Bacaan hujan pada 17 Disember pada jam 12.00 tengah malam menunjukkan di Stesen Kg Pasir Raja – 83 milimeter (mm); Stesen Kuala Tahan – 48.5 mm; Stesen Sg Yap – 35.5 mm dan Stesen Bukit Betong – 5.0 mm.
Data dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Jerantut-SAHIH