74 PERATUS MENANGIS KETIKA MANDI
Satu kajian mendapati 74 peratus daripada kita memilih untuk menangis ketika sedang mandi.
Showerstoyou, sebuah peruncit bilik mandi beribu pejabat di United Kingdom meninjau 57,000 sampel dari seluruh dunia dan mendapati bahawa tempat paling disukai untuk menangis adalah di bilik mandi.
Mengapa ini berlaku?
Tidak ada jawapan yang pasti kerana tidak banyak penyelidikan saintifik mengenai kaitan menangis dan bilik mandi, tetapi pakar mempunyai beberapa teori.
Profesor psikologi, Ad Vingerhoets dari Tilburg University memberitahu, menangis merupakan perkara paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri, selain mendengar muzik.
Terdapat juga teori yang menyatakan bilik mandi memberikan tahap privasi yang tinggi, di samping memberi rasa hangat dan selesa, sekaligus membuatkan menangis ketika mandi sebagai pilihan terbaik meredakan tekanan.
Namun menangis bersendirian tidak baik untuk psikologi, kata dua ahli psikologi dari University of South Florida, Jonathan Rottenberg dan Lauren M Bylsma pula.
“Mereka yang mendapat sokongan sosial ketika menangis akan dapat memperbaiki mood, tetapi menangis bersendirian lebih sukar untuk mendapatkan rasa tenang selepas menangis,” kata dua sarjana itu.
Sumber: Agensi