BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK LIPIS KUATKUASA NO PLAT
BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK LIPIS KUATKUASA NO PLAT
LIPIS: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis mengeluarkan 44 saman dalam Op Khas Nombor Pendaftaran atau nombor plat kenderaan yang diadakan di daerah ini seerta turut diadakan serentak di seluruh negara.
Ketua Polis daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, operasi ini telah dijalankan sejak awal bulan ini.
“Hasil operasi bermula yang bermula, sebanyak 44 saman dikeluarkan ke atas kesalahan trafik berkaitan kesalahan nombor pendaftaran.
“Antara kesalahannya, empat kesalahan tiada nombor plat ; nombor plat tidak mengikut peraturan (28) dan nombor plet kabur atau fancy 28 kesalahan, “ katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan.
Azli berkata, tujuan operasi adalah untuk mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya dan masyarakat sewajarnya menggunakan nombor plat yang standard agar dapat membantu siasatan jika berlaku kemalangan langgar lari.
“Selain itu, sebagai pencegahan jenayah untuk mengenal pasti nombor pendaftaran palsu padaq kenderaan. Operasi dilakukan di sekitar bandar Kuala Lipis dan pekan yang berada dalam daerah Lipis,”katanya.-SAHIH.