Penamaan calon PRN Melaka tenang dan terkawal
Penamaan calon PRN Melaka tenang dan terkawal
MELAKA – Pilihan raya negeri (prn) melaka membuka tirainya semalam tepat jam 9 pagi dengan 28 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negeri Melaka
Proses penyerahan kertas penamaan calon nampak tenang Dan terkawal Dan ditutup sejam selepas itu.
Dewan komplek Japerun Tanjung Bidara menjadi pusat penanaman calon bagi kerusi dewan undangan negeri (dun) tanjung bidara menyaksikan tiga calon sudah memasuki dewan ini jam 9 pagi pada isnin
Pertama sampai adalah calon pakatan harapan (ph) daripada pkr, zainal hassan jam 8.10 pagi.
Beliau yang merupakan pescara tentera itu hadir dengan berpakaian baju melayu berwarna merah turut diiringi pencadang dan penyokong beliau.
Kedua tiba adalah ahli parlimen masjid tanah , datuk seri mas ermieyati samsudin.
Beliau tiba jam 8.51 pagi dengan diiringi pencadang dan penyokong yang lengkap berpakaian baju melayu merah .
Terakhir tiba adalah pengerusi perhubungan umno melaka, datuk seri ab rauf jusoh jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan prn melaka .
Setakat pusat penamaan ini dibuka hanya tiga calon yang hadir bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.
Dewan ini adalah salah satu daripada 28 pusat penamaan yang dibuka bagi pilihan raya negeri (prn) melaka
Spr sebelum ini menetapkan hari ini sebagai hari penamaan dan 16 november depan sebagai hari undi awal manakala 20 november bagi hari pembuangan undi.-SAHIH
.