POLIS BERSAMA MASYARAKAT BERSIH TANAH PERKUBURAN TANJUNG BULUH, LIPIS
POLIS BERSAMA MASYARAKAT BERSIH TANAH PERKUBURAN TANJUNG BULUH, LIPIS
LIPIS: pegawaidan anggota Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis mengadakan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Tanjung Buluh, Kerambit, Lipis, kelmarin.
Program itu sebagai merapatkan tali ukhwah antara masyarakat setempat dan polis Lipis di samping mengalakkan penduduk kampung menyalurkan sebarang maklumat jenayah dan dadah dengan lebih mudah secara terus kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, program ini selari dengan slogan polis dan masyarakat berpisah tiada serta mendekati masyarakat dan memudahkan penyaluran maklumat setempat untuk membenteras berkaitan gejala negatif.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Idros Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kemakmuran dan Kesejahteraan Kampung Tanjung Buluh, Muhammad Najid Abu serta Ketua Bahagian, Pegawai Kanan dan Anggota IPD Lipis.
Katanya, program kemasyarakatan itu perlu diadakan sekerap mungkin bagi mencerminkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memainkan peranan penting dalam masyarakat selain menjadi perisai kepada penduduk setempat untuk membendung jenayah.-SAHIH