BERITA GEMBIRA BUAT GENERASI KEDUA FELDA UNTUK MEMILIKI RUMAH.
BERITA GEMBIRA BUAT GENERASI KEDUA FELDA UNTUK MEMILIKI RUMAH.
JERANTUT: Generasi Kedua dan generasi baharu Felda menyambut baik kerana kerajaan negeri Pahang meluluskan peruntukan untuk membina sebuah rumah di bawah Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) sekali gus memiliki rumah yang lama dihasratkan.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, beliau melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri kerana meluluskan peruntuk PPR di seluruh negeri Pahang di tanah hak milik ibu bapa generasi pertama di kawasan tanah rancangan masing-masing.

“Kita warga Felda menyokong penuh di atas keprihatinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan Negeri atas usaha yang murni serta sudah pasti menggembirakan generasi kedua yang memang mengharapkan sebuah rumah sendiri menjadi realiti.
“Saya berpendapat dengan keperhatinan, perlaksanaan projek ini bakal membantu menyelesaikan isu generasi kedua dan baharu yang tinggal bersama ibubapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.
Katanya, Ini lah juga misi saya sebagai seorang ketua peneroka selama ini supaya isu memiliki rumah sendiri untuk generasi kedua menjadi hasrat utama anak muda di semua tanah rancangan.
“ Kita juga memohon kepada kerajaan negeri meluluskan tapak rumah kepada generasi kedua di lot-lot kosong di kawasan Felda untuk tapak rumah dan memohon juga agar kerajaan turut menyediakan rumah di kawasan tanah milik ibubapa mereka.
“Perlaksanaan ini turut memberi peluang kepada anak peneroka yang berada d bandar balik ke tanah rancangan untuk meneruskan kehidupan masing-masing serta meningkatkan populasi penduduk,’ katanya.-SAHIH.