Lima terselamat kereta terjunam dalam parit
Lima terselamat kereta terjunam dalam parit
KLANG – Lima termasuk empat wanita warga Indonesia terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam longkang sedalam hampir satu meter di hadapan sebuah hospital swasta di Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang malam tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.51 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kesemua mangsa berusia 40an menaiki kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki tempatan.
“Tiga wanita berjaya menyelamatkan diri dan beredar dari lokasi kejadian sebelum bomba tiba kira-kira 13 minit kemudian, lapor kosmo online
“Dua lagi individu iaitu pemandu dan seorang penumpang berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Norazam, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini menggunakan ambulans dan kenderaan orang awam.