TREN KTM PANTAI TIMUR MULA BEROPERASI
TREN KTM PANTAI TIMUR MULA BEROPERASI
JERANTUT: Tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang terhenti beroperasi hampir setengah tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri sebelum ini , kini beroperasi semula.
Zul Ktmc Zakaria dalam hantarannya di Facebooknya, menyatakan perjalanan sulung dari kedua-dua arah Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat dan sebaliknya mula menjalankan perkhidmatannya pada 14 Oktober baru-baru ini.
Hampir keseluruhan warganet melalui Facebook telah memberi reaksi yang positif melahirkan perasaan gembira kerana perkhidmatan tren KTM beroperasi seperti biasa.
Syarifah Azura Iman Firdaus dalam hantarannya, Alhamdulillah..dah boleh balik JB dengan kereta api lagi, Gua Musang ke Kempas.
Seorang lagi dalam respon tersebut, Zawahir Jaja pula menulis, balik Johor yukkk.
Sara Dotter memberi reaksi, maknanya Wakaf Bharu – Jerantut boleh la ye..-SAHIH.