WANG GANJARAN RM10,000 SIAPA JUMPA NOOR FARAHIN
WANG GANJARAN RM10,000 SIAPA JUMPA NOOR FARAHIN
PENDANG: Sebuah keluarga menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang mengetahui Noor Farahin Aziz (gambar), 29, yang dilaporkan hilang dari rumah kawannya di Pendang.
Gadis tersebut, dipercayai dengan kawan perempuan dan berada di alamat terakhir di No 43D, Jalan Tokdin, Kampung Bukit Raya Dalam, dekat Pendang, Kedah.
“Sebelum ini, Noor Farahin bekerja di stesen bas di Kota Bharu sebelum pergi ke Kedah kerana mengikut seorang kawan perempuannya yang menjanjikan kerja di negeri jelapang padi itu,” kata seorang ahli keluarga itu.
Katanya, selepas dua tahun di sana, kami sekeluarga baru dapat tahu yang dia tak pernah kerja di Kedah, mereka percaya Noor Farahin ditipu oleh kawannya.
“Kami telah membuat lima laporan polis sejak kehilangannya dan sudah lima kali keluarga kami ke Kedah untuk cari dia tapi tak berhasil,” kata ahli keluarga terbabit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noor Farahin boleh menghubungi abang kandungnya, Fazli Aziz di talian 01170319532.-SAHIH.
Sumber: Media Sosial