ANGKASA CADANG KUMPUL MENTERI BERKAITAN KOPERASI ASEAN
ANGKASA CADANG KUMPUL MENTERI BERKAITAN KOPERASI ASEAN
BINCANG USAHA KUKUH KERJASAMA SERANTAU
MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangkan supaya diadakan satu persidangan yang mengumpulkan menteri-menteri yang memegang portfolio berkaitan koperasi dari negara-negara Asia Tenggara untuk membincangkan tentang usaha bagi mengukuhkan kerjasama antara koperasi di rantau ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan koperasi di beberapa negara Asia Tenggara tidak begitu diiktiraf sebagai satu instrumen atau antara pemain utama yang boleh membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar.
Beliau yang juga Presiden πππππ ππ°π°π±π¦π³π’π΅πͺπ·π¦ ππ³π¨π’π―πͺπ»π’π΅πͺπ°π―, sekiranya persidangan ini dapat diadakan, pasti akan memberi makna yang cukup besar kepada koperasi-koperasi di rantau ini yang telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Melaka yang diadakan secara hibrid telah dihadiri oleh seramai 179 perwakilan, semalam.
Hadir sama ke mesyuarat ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Ikhwan Firdaus Roslan.
βHarapan ANGKASA adalah untuk melihat model koperasi sekolah dapat diperkenalkan di negara-negara anggota ASEAN.
βSebagai rekod, sebanyak 2,457 koperasi sekolah di Malaysia telah mencatat perolehan sejumlah RM336 juta pada tahun 2020, manakala pada tahun sebelumnya, sebanyak 2,441 koperasi sekolah telah berjaya merekodkan perolehan sejumlah RM421 juta,β katanya.
Menurutnya, ANGKASA sentiasa menggunakan peluang di pentas antarabangsa melalui kepimpinan tertinggi ANGKASA yang memegang pelbagai peranan dalam ππ―π΅π¦π³π―π’π΅πͺπ°π―π’π ππ°π°π±π¦π³π’π΅πͺπ·π¦ ππππͺπ’π―π€π¦ (ICA) dan πππ β ππ΄πͺπ’ π’π―π₯ ππ’π€πͺπ§πͺπ€ untuk mempromosi model seperti koperasi sekolah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Ab. Rahim Md Tawel dalam ucapannya berkata, fokus jawatankuasa ini adalah untuk turun padang dalam usaha bagi menyantuni koperasi-koperasi berstatus tidak aktif.
βSetakat ini, ada sebanyak 268 koperasi yang aktif di Melaka, manakala jumlah koperasi yang berstatus tidak aktif dan dorman, masing-masing adalah sebanyak 56 dan 27 buah.
βMemandangkan Sektor Makanan dan Kesihatan menjadi keutamaan, koperasi-koperasi digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan yang membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat khususnya kenaikan harga barang,β katanya.
Katanya, koperasi yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan runcit melalui projek Barangan Asas 100 (BA100), boleh terus berhubung dengan JPAN Melaka.-SAHIH.