Kadar penggunaan katil ICU masih tinggi punca Pahang belum beralih ke Fasa Tiga
Kadar penggunaan katil ICU masih tinggi punca Pahang belum beralih ke Fasa Tiga
KUANTAN: Kadar penggunaan katil yang tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang masih menjadi satu-satunya penghalang kepada negeri ini untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun kadar peratusan vaksinasi di negeri ini sudah melebihi sasaran ditetapkan
“Kita sudah memenuhi semua kriteria, kecuali satu saja iaitu kadar penggunaan katil di ICU masih tinggi dan dalam mesyuarat baru-baru ini, saya sudah bangkitkan (perkara ini) kepada Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin)… saya bagitau dalam mesyuarat itu,dan beliau (Khairy) minta bagi tempoh seminggu untuk study (semak balik) perkara itu.
“Saya kata mereka yang telah sakit… telah kena jangkitan Covid-19 ini sudah berada dalam ICU dan jangka masa untuk pulih ambil masa sehingga dua minggu… jadi bagaimana dengan mereka di luar (yang tidak terbabit dengan Covid-19) yang mahu teruskan kehidupan.
Wan Rosdy Wan ismail
“Kadar vaksinasi kita dah lepas (memenuhi kriteria), kadar kebolehjangkitan pun bawah daripada satu… semua kita sudah ada, cuma itulah satu yang belum lepas, dan kita minta supaya Kementerian (Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) beri pertimbangan khas untuk kita beralih ke Fasa Tiga,” katanya dalam siding media selepas meninjau proses vaksinasi untuk pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II, Shahar Abdullah dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus.
Sementara itu, Wan Rosdy optimis negeri Pahang dapat mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini seperti dijadualkan.
Katanya, walaupun terdapat data menunjukkan terdapat kira-kira 100,000 lagi penduduk di negeri ini belum mendaftar bagi mendapatkan vaksin.
“Setakat ini di Pahang lebih 83.8 peratus sudah mendapat dos pertama dan 61 peratus sudah lengkap menerima dua dos. Mengenai data yang mengatakan terdapat lebih 100,000 penduduk belum mendaftar, kita akan semak balik.
“Kemungkinan angka itu tidak tepat, mungkin ada penduduk Pahang mendapatkan suntikan vaksin di luar negeri ini, mungkin di Lembah Klang, jadi data ini kita akan selaraskan semula.
“Begitu juga dengan program suntikan vaksin yang dijalankan secara besar-besaran, ada yang dapat vaksin melalui MySejahtera, ada yang dapat melalui kuota tentera, kuota FELDA, sumber (untuk mendapatkan vaksin) banyak dan disebabkan itu, ada yang kita ingat masih belum mendaftar sedangkan mereka sudah dapat vaksin,” katanya.-SAHIH