Home Quarantine beroperasi esok
Home Quarantine beroperasi esok
SEPANG – Permohonan kuarantin wajib di rumah bagi pengembara dari luar negara boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Kesihatan (KKM) bermula 8 pagi esok.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini permohonan dibuat menerusi emel yang menyebabkan terdapat lebih 6,000 permohonan tertunggak atau ‘backlog’.
Untuk itu katanya, pendaftaran menerusi laman web berkenaan lebih memudahkan pengembara serta kelulusan bagi setiap permohonan akan diterima dalam tempoh tiga hari.
Sebagai langkah penambahbaikan CPRC KKM telah membangunkan satu sistem bagi permohonan kaurintin di rumah yang lebih mantap, ia hanya pergi ke laman web KKM pada pukul 8 pagi esok.akan ada satu banner ‘Home Quarantine’ klik serta mengisi satu borang sahaja.
Permohonan itu perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum pengembara tiba di negara ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memantau kemudahan baharu yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu tempat saringan Covid-19 secara persendirian.
Khairy berkata, pihaknya berharap penambahbaikan yang dibuat menerusi portal itu dapat membantu pengembara untuk terus kuarantin di rumah tanpa perlu menunggu kelulusan menerusi emel.
Terdahulu, mengenai kemudahan baharu di KLIA, Khairy berkata, ia salah satu strategi ‘Reopening Safely’ bagi memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi dan sebagai persiapan sebelum menerima kehadiran pelancong luar negara.-SAHIH