KKMM LANCAR PAKEJ INTERNET BANTU REMAJA, PELAJAR
KKMM LANCAR PAKEJ INTERNET
BANTU REMAJA, PELAJAR
KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan dua pakej baharu untuk membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet dan peranti pintar mampu milik buat semua terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pakej baharu itu merangkumi Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang pakej khusus untuk golongan remaja dan pelajar berumur 21 tahun ke bawah memperoleh 20 gigabait (GB) untuk tiga bulan pada kadar RM10 sebulan.
Menurutnya, Pakej ini adalah pakej prabayar yang kita ada kan untuk golongan remaja termasuk siswazah yang di maksud kan remaja semua warganegara malaysia berusia 21 tahun ke bawah dia mungkin pelajar dan mungkin tidak pelajar sebab ade juga yang sudah bekerja mereka layak beli pakej ini kepada pelajar remaja hanya perlu membayar rm10 sahaja sebulan satu pakej 3 bulan kos rm10 sebulan
Remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad sementara pelajar melebihi 21 tahun perlu mendaftar dengan kad pelajar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Radio, Angkasapuri, pada RABU.
Sementara itu Annuar berkata KKMM turut menyediakan Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
Katanya, peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022 selama enam bulan.-SAHIH