WARGA EMAS MAUT TERTIMBUS, RUMAH RANAP DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS
WARGA EMAS MAUT TERTIMBUS, RUMAH RANAP DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS : Seorang warga emas berusia 59 tahun tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas menghala ke jalan utama Brinchang serta hampir meranapkan sebuah rumah yang dihuni empat orang sekeluarga kaum India telah berlaku pada jam 3.30 petang, hari ini.
Kejadian bermula tanah runtuh di bahagian atas lereng bukit itu berlaku ekoran hujan menyebabkan sebahagian sebuah rumah kebun itu turut dihanyutkan dan didapati seorang warga emas terperangkap dalam runtuhan tersebut dipercayai sedalam kira-kira 1 meter.
Manakala, anak perempuan mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan dan suami serta seorang lagi anak perempuan mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Balai Bomba Cameron Highlands tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah ditimpa tanah runtuh yang berlumpur disertai pokok tumbang yang meranapkan rumah mangsa.
Anggota BBP melakukan operasi mencari dan meyelamat (SAR) di kawasan runtuhan sementara itu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik.
Sebuah jengkaut turut digunakan dalam operasi tersebut, mayat mangsa, Vijaya a/p Kuppusami yang tertimbus berjaya dikeluarkan pada jam 5.41 petang dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. –SAHIH.