PKPD DI DI SABAH, PAHANG DAN KELANTAN
PKPD DI DI SABAH, PAHANG DAN KELANTAN
PETALING JAYA: Empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 16 hingga 29 September.
https://5fd3d32a426815ddef1e72e6d1095778.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD, lapor FMT
Pelaksanaan PKPD pada 16 hingga 29 September:
Sabah:
- Dua lokaliti di Kota Marudu,melibatkan Kirangawan dan Kampung Pinatau.
- Kampung Nuntunan Apin-Apin,Keningau
- Kampung Lungkidau,Ranau.
- Perumahan pekerja ladang di Ruku-Ruku Boustead farm,Telupid.
Pahang:
- Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis,
Kelantan:
- Kampung Bahagia, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai.
Pelanjutan PKPD pada 16 hingga 29 September:
- Dua lokaliti di Mukim Bebar, Pekan, Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam, Kampung Permatang Durian, Pekan.
Penamatan PKPD pada 15 September:
Sabah:
- Kampung Labuan, Kampung Ambong Tolus dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.
- Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), Ranau.
Taman Ria Height, Tawau.